Sunday, 2 March 2014

SEMOGA SEGERA SEMBUH....

Admin dimaklumkan bahawa salah seorang pengawal keselamatan INSANIAH telah di tahan di PMC kerana pembedahan batu hempedu. Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Nordin bin Abdullah. Sama-sama kita mendoakan agar beliau sentiasa sihat sejahtera dan kembali bertugas seperti biasa.

Saturday, 1 March 2014

STATUS STAF INSANIAH DI BANK-BANK TEMPATAN

Admin menerima satu email daripada pembaca blog merah berkenaan status kakitangan INSANIAH di bank-bank tempatan berkenaan pinjaman.

1. Public Bank-masih menyatakan INSANIAH swasta-rate swasta..

2. Bank Rakyat dan AmBank - nak  surat penjelasan daripada pihak KUIN berkenaan status 

 (kerajaan/swasta??)

3.Bank Islam-Kuin Swasta

4.Agro Bank-hanya menerima staf yang berstatus tetap dan kontrak sahaja.

Admin : Kepada pihak pengurusan tertinggi, sila lakukan sesuatu untuk memudahkan kakitangan KUIN membuat pinjaman. Isu ini tergantung dari dulu lagi. Selesaikan....

Monday, 24 February 2014

STAF KUIN MENERIMA SUMBANGAN BKS


Add caption

En. Sobri (atas) dan Pn. Kamaliah menerima sumbangan daripada Pengerusi BKS, Ustaz Hazli Ismail
Alor Setar - Bertempat di Pusat Komuniti, Kolej Universiti INSANIAH, Mergong satu majlis khas yang berbentuk sumbangan telah diadakan untuk kakitangan KUIN yang telah ditimpa musibah kesihatan. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS) iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazli bin Ismail. Puan Kamaliah bt. Osman daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan En. Mohamad Sobri bin Ghazali dari Jabatan Bendahari adalah diantara penerima sumbangan tersebut.

Pengerusi BKS, dalam majlis itu memberi kata-kata harapan dan semangat kepada kedua-dua kakitangan tersebut agar sentiasa menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat sejahtera.

Turut hadir pada  majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi BKS iaitu Dr. Akli bin Ahmad dan Bendahari BKS iaitu En. Zulhilmi bin Mat Nayan @ Ahmad serta beberapa orang tetamu yang lain.
Pada masa yang sama, En. Mohamad Sobri bin Ghazali menyatakan kesyukuran di atas sumbangan tersebut dan berterima kasih terutamanya kepada Pengerusi BKS kerana sudi menyampaikan sumbangan. Beliau turut menyatakan bahawa BKS yang diterajui oleh Pengerusi yang baru adalah seorang yang amat prihatin dan sentiasa  menjaga kebajikan warga INSANIAH.

http://www.insaniah.edu.my/portal/index.php/berita-semasa/230-staf-kuin-menerima-sumbangan-bks

Admin : Tahniah kepada BKS KUIN dan teruskan membela kebajikan warga INSANIAH

AYAT YANG TELAH LAMA KAMI TINGGALKAN....




“Sekiranya tidak mahu berpindah….berhenti dari INSANIAH”

Jangan diguna ayat ini…….
Jangan disebut ayat ini……
Jangan diulang ayat ini…...
Jangan diseru ayat ini…..

Kelak akan merugikan……
Kelak akan membinasakan……
Ayat ini telah lama kami tinggalkan….

Ayat ini tidak mahu kami dengar lagi…
Ayat ini sangat kami benci…
Ayat ini tidak perlu disebut lagi…
Ayat ini simpanlah ditempat yang tersembunyi…
Ayat ini simpanlah didalam peti….

Ayat ini menjadi saksi…
Ayat ini sebagai bukti…..
Ayat ini sangat tidak berhati…
Sesungguhya ayat ini untuk orang yang pernah dizalimi….
Sesungguhnya ayat ini perlu dijauhi…


-YHJ-

Sunday, 23 February 2014

PERLUKAH KITA MELUPAKAN KENANGAN ITU??

Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Mengapa begitu mudah kita melupakan??
Adakah kita yakin bahawa kenangan itu tidak berulang kembali??
Pernakah kita mengalami situasi kereta ditarik??
Pernahkah kita mengalami bayaran rumah tertunggak??
Pernahkan pihak bank menelefon kita??
Perlukah dengan mudah kita melupakan kenangan itu?
Pernahkah kita menerima notis lupus pihak insurans?
Pernahkah kita mengalami anak, isteri, suami sakit tetapi pihak hospital swasta tidak menerima kita?
Adakah begitu mudahnya kita perlu melupakan semuanya??
Pernahkah kita tidak diterima di klinik panel??
Pernahkah kita tidak menerima kenaikkan gaji??
Pernahkah kita tidak pernah menerima bonus??
Begitu mudahnya kita bercakap untuk melupakan kenangan itu??
Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Yang tidak pernah tahu kenangan itu, mudahlah untuk berkata-kata..
Tetapi yang pernah tahu pengalaman itu, pahitnya akan terasa....
Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Tidak sama sekali......


hasil nukilan
-YHJ-

ISU PERPINDAHAN....


 ALOR SETAR - Semua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akan dipindahkan semula ke kampus induk, Kuala Ketil pertengahan tahun depan sejurus asrama pelajar siap dibina.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, hanya pelajar Kuliyyah Perubatan akan kekal beroperasi di kampus Mergong.

“Sebelum ini, pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah ke kampus Mergong dari Kuala Ketil berikutan masalah tiada asrama. Kita bukan menganiaya pelajar kerana asrama sedia ada tidak cukup. Setelah masalah ini diatasi, pelajar akan meneruskan pengajian di Kuala Ketil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada sidang Dun baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM5 juta diluluskan bagi menyiapkan asrama yang terbengkalai kerana berlaku masalah dalam perjanjian dengan kerajaan negeri terdahulu.

“Kemudahan asrama bagi 1,300 pelajar dijangka siap Mac 2014, pihak kontraktor memberi jaminan ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Tajul Urus yang juga Ahli Lembaga Pengarah Insaniah berkata, apabila asrama berkenaan siap, pelajar Kuliyyah Muamalat yang diarah berpindah ke kampus Mergong akan ditempatkan semula di asrama baharu di Kuala Ketil.

“Kita tidak melantik kontraktor baharu, sebaliknya dibuat perjanjian baharu yang memuaskan hati semua pihak. Saya juga ingin tegaskan, kampus Mergong tidak akan ditutup tetapi dijadikan kampus bandar untuk pelajar perubatan,” katanya.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan akan berlaku perpindahan pelajar sekali lagi dan difahamkan Rektor Insaniah, Profesor Datuk Dr Mohd Yusof Kasim yang dilantik pada 16 September lalu, menggantikan Profesor Datuk Dr Jamil Osman yang
mengundurkan diri, 20 Jun lalu, sedang menyiapkan kertas kerja berhubung perpindahan itu untuk dibentangkan kepada Menteri Besar, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah.

Tajul Urus berkata, setelah isu asrama diatasi, pihak pengurusan akan menaik taraf kemudahan lain termasuk membina sebuah masjid di kampus Kuala Ketil.

Mac lalu, pelajar Kulliyyah Muamalat, Perhotelan, Kejuruteraan, Multimedia dan Pusat Pengajian Asasi diarah berpindah ke kampus Kuala Ketil bagi peringkat pertama. Bagaimanapun, pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah kembali ke kampus Mergong berikutan asrama pasang siap yang dijadualkan siap 17 Mac, masih tidak dapat disiapkan.

Pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah selepas cuti Aidilfitri (Ogos) berikutan asrama diduduki di Bukit Selambau bersifat sementara. Hanya Kuliyyah Muamalat diarah berpindah, manakala kuliyyah lain kekal di Kuala Ketil. Jumlah pelajar terlibat mencecah 1,200 orang.

Berikutan itu, pelajar menyerahkan memorandum membantah perpindahan itu kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Julai lalu.

Ulasan Admin : GBK dari awal-awal lagi menyatakan bahawa pengurusan baru INSANIAH agar berhati-hati membuat sebarang keputusan dan kenyataan terutamanya berkenaan isu perpindahan kerana isu ini amat sensitif kepada seluruh kakitangan. Kalaulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mak Jemah ke, Mak Baning ke..staf INSANIAH takkan terkejut dan melompat. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang exco kerajaan negeri yang memegang portfolio pendidikan, sudah tentulah seluruh kakitangan INSANIAH kelam kabut dan pening. Jadikan ini pengajaran didalam membuat sebarang keputusan terutamanya berkaitan perpindahan. Perlukah menyalahkan kakitangan dalam hal ini??

KAKITANGAN INSANIAH ADALAH BADAN BERKANUN NEGERI KEDAH


Sebahagian kakitangan yang hadir pada majlis bersama Rektor

Admin ingin menegaskan bahawa Kakitangan INSANIAH adalah badan berkanun kerajaan negeri Kedah. Itu yang dijanjikan oleh lawatan YAB MB Kedah pada Julai 2013. Kita tidak menuntut perkara yang sukar, cuma jadikan Kakitangan INSANIAH tertakluk kepada badan berkanun Negeri Kedah agar ada pengawasan daripada pihak yang berautoriti. Itu yang kita perjuangkan selama ini. Kenangan lama yang pahit tidak mudah untuk kita lupakan. Demi untuk kebajikan warga INSANIAH, demi untuk masa depan warga INSANIAH, kita tetap dengan pendirian kita. Terlalu banyak kelemahan apabila kita diletakkan dibawah swasta seperti kemudahan di hospital kerajaan, pinjaman di institusi kewangan, isu kronisme, nepotisme dan sebagainya. Bagi yang bergaji puluhan ribu, ianya tidak menjadi masalah. Bagaimana yang bergaji rendah, apabila segala kemudahan ini tidak dapat. Kakitangan INSANIAH adalah dibawah badan berkanun Negeri Kedah. TITIK.........

Saturday, 22 February 2014

Friday, 21 February 2014

BAGUS DAN TAHNIAH...

Kulliyyah Medic, INSANIAH
Admin dimaklumkan bahawa Kulliyyah Perubatan akan diserapkan dibawah INSANIAH. Bagus dan Tahniah....Kewangan INSANIAH akan kembali terbeban. Apa dah jadi dengan kerjasama dengan pihak MAHSA?? Admin tidak mahu mengulas berkenaan isu ini. Perkara ini sudah banyak kali dicakap dan ditegur tetapi tidak diambil peduli. Pengalaman lama masih tidak dijadikan pengajaran. Kita sebenarnya tidak diberi tempoh "bertenang". Segalanya hendak dibuat dengan cepat dan terburu-buru sehingga tidak diambil kira berkenaan kewangan INSANIAH yang tidak stabil. Keputusan terburu-buru inilah yang menyebabkan kewangan INSANIAH suatu ketika dahulu tunggang-langgang dan huru-hara. Admin nak beri peringatan kepada sesiapa sahaja di dalam INSANIAH.

SEKIRANYA MASALAH-MASALAH LAMA BERLAKU LAGI SEPERTI :-

1. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN GAJI KEPADA KAKITANGAN
2. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI KEPADA PIHAK BANK
3. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN KERETA KEPADA PIHAK BANK
4. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN RUMAH KEPADA PIHAK BANK
5. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT AMARAN DARIPADA CRISS DAN CTOS
6. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK ZAKAT
7. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK KOPERASI
8. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN MOTOSIKAL KEPADA PIHAK BANK
9. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK INSURANS SEHINGGA KAKITANGAN 
    MENDAPAT NOTIS LUPUS
10. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT NOTIS MAHKAMAH

GBK tidak teragak-agak akan :

1. BERDEMO DEMI MENUNTUT HAK YANG DIABAIKAN
2. MEMBUAT LAPORAN POLIS
3. MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK SPRM
4. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK CUEPACS DAN MTUC
5. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK KPT
6. MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA YAB MB KEDAH

Kepada rakan-rakan GBK. Sentiasa update Blog Merah!!!

Tuesday, 18 February 2014

SIAPA ITU????

Admin dimaklumkan bahawa terdapat salah seorang kakitangan sedang sibuk dan kalut untuk menjadikan INSANIAH ni swasta. Tunggu dulu. Selesaikan dulu pelbagai masalah yang berlaku dalam INSANIAH nii...selesaikan dulu hutang piutang kepada pembekal. Selesaikan dulu isu pelajar dan staf. Kuatkan dulu kewangan INSANIAH. Jangan dok kalut sangat....Siapa kah dia......????Admin ada jawapannya...gambaq pun admin ada....gambaq keta pun admin ada...gambaq kasut apa yang dia pakai pun admin ada, tumit tinggi ka...tumit rendah kaa...kiranya semua admin adalah.....;-) Nak dedah ke...tak payah la kot...kita tengok dulu...sejauh mana apa yang dia boleh buat....

MBJ....



ASSALAMUALAIKUM  YANG  BERBAHAGIA TUAN PENDAFTAR..

Terlebih dahulu, saya sebagai salah seorang kakitangan INSANIAH ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sikap Tuan Pendaftar selama ini yang sentiasa mempertahankan hak dan kebajikan kakitangan INSANIAH. Sesungguhnya kami warga INSANIAH berterima kasih diatas apa yang telah Tuan lakukan selama ini. Sesungguhnya, kami sangat-sangat menantikan seorang pegawai tertinggi yang sentiasa bercakap perkara yang benar dan telus. Cuma saya memohon jasa baik Tuan Pendaftar agar melaksanakan Mesyuarat MBJ agar kakitangan INSANIAH dapat menyuarakan rasa dan pendapat mereka kepada Pengurusan Tertinggi. Ini kerana MBJ sudah lama tidak dijalankan. Sekurang-kurangnya, dengan adanya MBJ ini dapatlah kiranya para kakitangan meluahkan apa yang terpendam selama ini. Adalah diharapkan perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Tuan Pendaftar. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bersama-sama tuan. Terima kasih…

Yang ikhlas
-YHJ-

Admin : Sangat setuju…..

Monday, 17 February 2014

RAKAN-RAKAN GBK…DIMANA ANDA BERADA???




Lambang Keramat

Kemana menghilang??
Kepada semua penggerak-penggerak GBK…dimana anda berada sekarang?? Mengapa semuanya senyap. Adakah anda sedang lena diulit keselesaan. Adakah anda sedang berada dalam zon yang amat tenang. Sedarkah anda, perpindahan ke KKK semakin dekat? Mengapa hanya berdiam diri? Dimana 10 OKT KUIN. Dahulu anda disanjung, mengapa kini anda kelihatan murung? Kepada Tawfek, Jai, Sajiah, Asri, Arip……Apa yang sedang anda lakukan? Mengapa kehilangan Ustaz Azki, kita seolah-olah kehilangan segala-galanya??? Dimanakah roh GBK anda?? Adakah kita hanya berdegar-degar cakap dibelakang..tetapi apabila berhadapan..kita senyap dan tunduk membisu? Inikah pengakhiran perjuangan kita selama ini. Setakat inikah perjuangan kita yang kita bina selama ini?? Lakukan sesuatu untuk maklumkan kepada MB bahawa kakitangan INSANIAH sangat terkesan dengan isu perpindahan ini...Bangun....!!!!

Anda senyap…maknanya anda SETUJU dengan perpindahan…TAHNIAH!!!

Yang ikhlas : -YHJ-


Admin : Sedarlah wahai sahabat-sabahatku….bangkitlah….bangunlah…

Friday, 14 February 2014

LAWATAN MB KEDAH MENZIARAHI EN. ASRI DI PMC

En. Asri dan keluarga bersama MB Kedah
 GBK menghargai keprihatinan MB Kedah yang telah menziarahi En. Asri di PMC pada 12 Februari 2014. Sebagai salah seorang pendokong GBK, kami mendoakan anda sihat sejahtera. Untuk MB Kedah, kami berbangga dengan anda. Admin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mantan Pemangku Rektor iaitu Dato' Hajah Che Barni kerana sudi hadir melawat En. Asri di PMC pada 11 Februari 2014. Terima kasih dari warga INSANIAH.

UTUSAN MALAYSIA, 14 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)

Utusan Malaysia, 14 Februari 2014
Benarkah apa yang dikatakan oleh penulis? Anda nilaikanlah sendiri....